Assalammualaikum

Anak dara menumbuk pandan ,
Membuat kuih hidangan kenduri ,
Ilmu yang baik jadikan teladan ,
Segala yang buruk letak ke tepi .

Burung merpati kepak bersilang ,
Turun ke bendang makan pagi ,
Simpan di peti takutkan hujan ,
Baik disimpan di dalam hati .

Tuesday, April 7, 2015

AKTIVITI BADAN BERUNIFORM SERTA FAEDAHNYA

          Pelajar sekolah di negara ini wajib menyertai badan beruniform seperti Pertubuhan Pengakap , Bulan Sabit Merah , Kadet Remaja Sekolah , dan sebagainya . Penyertaan pelajar dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi apabila sepuluh peratus markah kegiatan kokurikulum diambil kira sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi . Selain itu , penglibatan tersebut membuahkan pelbagai manfaat kepada mereka .

          Para pelajar yang menyertai aktiviti badan beruniform di bawah kendalian Kadet Remaja Sekolah melibatkan aktiviti lasak selain berkawad . Umpamanya , menerusi kegiatan perkhemahan diadakan aktiviti merempuh halangan , meredah sungai , 'flying fox' . Aktiviti-aktiviti tersebut dapat membina kecergasan fizikal ahli yang terlibat . Dengan itu , pelajar dapat membina ketahanan diri untuk menghadapi sebarang cabaran . Ketahanan mental itu menjadi pemangkin untuk membina ketahanan jiwa . Hal ini bertepatan dengan pepatah yang mengatakan bahawa akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat  .

          Menerusi kegiatan yang dilaksanakan itu dapat dipupuk semangat kerjasama dan pengukuhan disiplin dalam kalangan pelajar . Bagi ahli pengakap yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan , mereka dibahagikan kepada kumpulan tertentu . Untuk menyiapkan sesuatu tugasan seperti mendirikan khemah yang memerlukan mereka bekerjasama untuk menyempurnakannya . Menerusi kerjasama itu akan terbentuk persefahaman selain menjanakan disiplin di samping membina sahsiah yang terpuji . 

          Bagi ahli Bulan Sabit Merah , mereka berpeluang memperolaeh pengetahuan berhubung dengan bantuan asas pertolongan cemas menerusi latihan yang dikendalikan oleh guru penasihat atau jurulatih jemputan . Lagipun pelajar yang berkebolehan dalam bidang bantuan kecemasan dapat menyumbangkan tenaga kepada banyak pihak , umpamanya mereka dapat merawat atlet sekolah yang mengalami kecederaan pada hari sukan . Hal begini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar berkenaan tetapi pengetahuan tersebut memberi manfaat kepada orang lain juga . 

          Sebagai pelajar , kita tidak harus mensia-siakan peluang yang dapat diraih melalui kegiatan badan beruniform . Lagipun penglibatan tersebut dapat mematangkan seseorang di samping membina nilai-nilai murni yang meliputi kerjasama dan saling membantu . Tegasnya , pelajar wajar menyertai badan beruniform sebagai tapak pembinaan sahsiah diri yang terpuji . 

                                                                     ( 278 patah perkataan )

2 comments: