Assalammualaikum

Anak dara menumbuk pandan ,
Membuat kuih hidangan kenduri ,
Ilmu yang baik jadikan teladan ,
Segala yang buruk letak ke tepi .

Burung merpati kepak bersilang ,
Turun ke bendang makan pagi ,
Simpan di peti takutkan hujan ,
Baik disimpan di dalam hati .

Saturday, April 18, 2015

KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

          Sektor pelancongan di negara ini yang berkembang dengan pesat ada kaitannya dengan pelbagai daya tarikan yang unik . Antaranya , di Malaysia terdapat bangunan bersejarah yang menggamit pelancong dari dalam dan luar negara mengunjunginya . Tambahan lagi , pihak berkuasa memelihara dan memulihara monumen tersebut agar tak lekang dek panas , tak lapuk dek hujan

          Bangunan bersejarah perlu dikekalkan kerana manfaatnya sebagai rujukan sesuatu peristiwa yang berlaku di negara ini . Sebagai contoh , Kota A’ Famosa yang berdiri megah di Melaka menjadi bukti negara ini pernah tunduk di bawah kuasa asing apabila anak negeri berpecah-belah sesama sendiri . Di samping itu , tersergamnya bangunan bersejarah dapat membantu pengkaji membuat penyelidikan tentang sesuatu peristiwa dan hal ini akan menebalkan semangat cinta akan negara dalam jiwa mereka . 

          Pengekalan bangunan warisan yang berusia ratusan tahun akan melestarikan keunikan seni bina setiap bangunan . Lagipun , tersergamnya bangunan berkenaan dengan gambaran kesenian dan motif yang ada padanya memerihalkan kehalusan kerja dan ketajaman budi arkitek silam dan jurubina merealisasikan kekreatifan mereka menerusi seni bina yang indah . Bukti yang jelas dapat kita saksikan menerusi pembinaan , Bangunan Sultan Abdul Samad , di Kuala Lumpur , Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar , Menara Condong di Teluk Intan dan beberapa bangunan lain . 

          Bangunan bersejarah yang terdiri megah itu memberi peringatan kepada generasi muda Malaysia bahawa bangsa mereka ialah bangsa yang terbilang di dunia . Tambahan lagi , jika mereka bijak mengeksploitasi monumen tersebut maka ekonomi negara turut melonjak ekoran berduyun-duyunnya para pelancong asing mengunjungi negara ini untuk menyaksikan bangunan bersejarah di samping membeli-belah sepanjang mereka berada di sini . Sehubungan dengan itu , Malaysia akan menjadi pusat pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa . 

          Oleh sebab itu , kita hendaklah menghargai semua bangunan bersejarah yang kita miliki di samping memelihara dan memuliharanya agar terus kekal dan nilai estetikanya menjadi sanjungan semua pihak . Kita harus sedar bahawa bukan semua bangsa memiliki lambang kemegahan seperti yang kita miliki . Dengan itu , hargailah warisan bangsa yang tidak ternilai itu demi manfaat generasi kini dan akan datang . 

                                                                             ( 286 patah perkataan )

20 comments:

  1. thanks.krgn yg bagus untuk panduan

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih utk panduan karangan ini.Banyak membantu

    ReplyDelete
  3. bagus krgn ni sye pnjm bt hw form one tau..thanks admin

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak banyak! Saya form 1 buat kerje khusus...cikgu kata boleh tengok internet pasal sejarah, jadi saya nampak Ni jadi saya tiru la sikit. Disebabkan karangan ini saya bolehlah siapkannya😁

    ReplyDelete
  5. tq..bagus ade blog ni.lagi pun saye kene buat keje khusus sejarah.boleh la saye tengok ..btw tq.senang nk buat sebab ade blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah this blog help me cause I'm not too smart in malay then this is very helpful thanks

      Delete
    2. Ouhh tk pandai eng just search pastu fhm Kan je okay 👌🏼

      Delete
  6. Stop lah.....benda Ni membantu tapi kurang Kan sikit patah perkataan Anjang bebeno

    ReplyDelete