Assalammualaikum

Anak dara menumbuk pandan ,
Membuat kuih hidangan kenduri ,
Ilmu yang baik jadikan teladan ,
Segala yang buruk letak ke tepi .

Burung merpati kepak bersilang ,
Turun ke bendang makan pagi ,
Simpan di peti takutkan hujan ,
Baik disimpan di dalam hati .

Saturday, April 18, 2015

AKTIVITI HARI KEBANGSAAN

          Hari kebangsaam negara kita disambut dengan meriah pada setiap tahun sebagai tanda negara ini sudah bebas daripada belenggu penjajahan selain menghargai jasa dan pengorbanan golongan yang merintis jalan kemerdekaannya . Semangat patriotik dapat disemai dan disuburkan dalam jiwa rakyat menerusi sambutan tersebut . Lazimnya , di sekolah yang diadakan bersempena sambutan hari kebangsaan . 

          Persembahan pentas yang berkaitan dengan sambutan hari tersebut menjadi salah satu aktiviti menarik dijalankan pada peringkat sekolah . Persembahan itu disertai oleh pelajar pelbagai kaum yang bertemakan patriotisme dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat . Selain drama persembahan ini disertakan dengan pertandingan nyanyian penekanannya yang melibatkan nilai-nilai murni rakyat Malaysia . Penyertaannya pula terbuka kepada semua pelajar , langkah seperti ini akan menambahkan keakraban hubungan pelajar sejak di bangku sekolah lagi . 

          Di samping itu , pertandingan melukis potret tokoh-tokoh terkemuka seperti perdana menteri , tokoh-tokoh masyarakat , pahlawan terbilang harus diadakan di setiap sekolah . Natijah daripada hasil pertandingan itu akan melakar jalan ke arah persefahaman , saling memahami , bekerjasama dan memupuk sifat tolong-menolong . Umpamanya , lukisan sekumpulan remaja yang sedang menyambut hari kemerdekaan merupakan contoh terbaik untuk pertandingan seperti ini . 

          Perkara yang tidak diabaikan ialah pertandingan menghias kelas mengikut kreativiti murid-murid yang menjurus kepada pemupukan semangat cinta akan ibu pertiwi . Kelas perlu dihias dengan bendera negeri dan bendera persekutuan . Keratan-keratan akhbar dan majalah yang berkaitan dengan aktiviti kemerdekaan disediakan di sudut khas di dalam kelas . Penekanan pertandingan diberikan terhadap keceriaan , kebersihan dan kekemasan kelas . Menerusi aktiviti begini pelajar dididik agar mereka dapat hidup secara harmoni dan bertolak ansur . 

          Untuk mewujudkan persefahaman dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat , aktiviti hari kebangsaan ini hendaklah dititikberatkan sejak di bangku sekolah ; langkah ini menepati saranan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya . Kerjasama dan persefahaman yang wujud itu akan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan . 

                                                                           ( 277 patah perkataan )

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Haaa,mekasih. Bcoz,this essay was helped me do my revision to stdy back bfre exm SPM this year. Wish,me luck guys all. Tq,again dear writer this essay.

    ReplyDelete