Malaysia sebuah negara yang menjadi pilihan dan tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Apabila menyedari potensi yang ada pada negara ini, kerajaan telah berusaha memperkenalkan kelebihan yang ada ini kepada para pelancong.
Antara kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dan menjadi pemangkin dalam sektor pelancongan ialah keindahan alam semula jadinya. Tambahan pula, panoramanya yang memukau itu mampu memikat bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong asing juga. Selain itu, terdapat tempat-tempat yang menarik seperti bangunan bersejarah dan menara berkembar tertinggi di dunia.
Kemudahan pengangkutan yang sistematik di negara ini memudahkan pelancing bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan mudah . Di samping itu , di Malaysia terdapat banyak pusat beli belah yang menjual pelbagai barangan dari seluruh dunia dan harganya pula berpatutan . Tambahan lagi , rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan sahaja menampilkan kebudayaan yang pelbagai bahkan mewujudkan berjenis-jenis makanan tempatan.
Industri pelancongan membawa impak yang sangat berfaedah kepada negara . Menerusi peluang pekerjaan meningkat dan dapat mengurangkan pengangguran di Malaysia . Selain itu , pengaliran wang asing ke negara ini kian meningkat dan menguntungkan kita . Apabila semakin ramai pelancong asing datang ke Malaysia maka negara kita akan terkenal pada pandangan warga dunia . Hal ini menyakinkan negara asing untuk mengukuhkan hubungan dengan kita . Dengan itu , jelaslah bahawa sektor pelancongan membawa keuntungan dalam pelbagai bidang kepada Malaysia .
Selaku rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan sektor pelancongan kepada negara maka wajar sekali kita menjaga keindahan alam semula jadi yang kita miliki . Kita hendaklah memberi layanan yang baik kepada para pelancong . Tindakan ini akan dapat meningkatkan jumlah pelancong yang akan mengunjungi negara ini pada masa akan datang.
( 250 patah perkataan )
No comments:
Post a Comment