Sejak akhir-akhir ini masalah pencemaran sungai semakin meningkat dan menjadi perbincangan umum . Perkara yang membimbangkan ini melibatkan kebanyakan sungai di negara kita . Pencemaran tersebut disebabkan oleh beberapa punca yang berkaitan dengan sikap manusia yang tidak prihatin terhadap kebersihan sungai .
Punca utama pencemaran tersebut bergantung pada amalan ambil mudah anggota masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai . Mereka tidak memikirkan kesan perbuatan itu terhadap alam sekitar . Oleh sebab itulah , bahan buangan seperti perabot lama , tayar buruk , plastik dan sebagainya dihumban ke dalam sungai dan terapung-apung di atas permukaan air . Tindakan ini berpunca pula daripada sikap mementingkan diri dan enggan menerima nasihat tentang keburukan perbuatan mereka .
Selain itu , pembuangan sisa toksik yang tidak dirawat oleh kilang-kilang menyebabkan masalah ini bertambah parah . Pemilik-pemilik kilang mengalirkan bahan buangan itu ke dalam sungai menerusi saluran yang dibina khusus . Tindakan begini lebih memudahkan mereka daripada sisa itu dirawat sebelum disalurkan ke dalam sungai . Akibat tindakan itu , air sungai berwarna hitam pekat dan meloyakan serta baunya semakin busuk .
Pencemaran sungai ini mencapai kemuncaknya apabila kegiatan pembalakan pula menyumbangkan peranannya dalam hal ini . Buktinya , bahagian-bahagian yang tidak diperlukan daripada batang balak seperti dahan dan ranting , dibuang ke dalam sungai . Selain itu , penebangan pokok yang menggondolkan kawasan hutan menyebabkan tanah menjadi polos . Apabila hujan turun tanah yang tiada pencengkam yang terdiri daripada akar pokok telah dialirkan ke dalam sungai sehingga mencetekkannya manakala sisa-sisa buangan kayu balak menyekat aliran sungai . Dengan itu , sungai semakin tohor dan berkeladak .
Pencemaran sungai yang bermula dari hulu hingga muara menjelaskan bahawa tiada bahagian sungai yang terelak daripada timbunan sarap . Oleh sebab itu , langkah-langkah pencegahan termasuk penguatkuasaan undang-undang dan kempen Cintai Sungai Kita hendaklah digerakkan semula . Jika perkara ini diabaikan kita akan menerima padah seperti ingatan pepatah sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna kerana kita terlambat bertindak menangani pencemaran sungai yang bertambah serius .
( 283 patah perkataan )
Your essei very good and interesting
ReplyDeleteSaya nak buat karangan ini dalam peperiksaan,hahahhah
ReplyDeleteNur Fasihah Afiqah i love you so much
ReplyDeleteIt's simple but it's nice to read.tq
ReplyDeleteNice Im like it
ReplyDeleteIn untuk form brape eh....nampak mcm form 5...
ReplyDeleteIt's a very good karangan...I like it very much...💯😊🤗👍😄
ReplyDelete