Bencana alam termasuk banjir sering dihadapi oleh penduduk dunia tidak terkecuali penduduk negara ini . Bencana tersebut berlaku sama ada di kawasan Pantai Barat atau Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan di kawasan-kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak . Golongan yang tidak dilanda banjir kerap menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir sebagai tanda simpati atas nasib yang menimpa saudara-saudara mereka .
Sumbangan yang disampaikan kepada mangsa banjir ialah bantuan kewangan yang dikumpulkan menerusi kutipan derma oleh jawatankuasa bertindak membantu mangsa banjir atau sumbangan daripada badan-badan bukan kerajaan selain pertubuhan kebajikan . Menerusi bantuan kewangan tersebut mangsa banjir dapat menggunakannya untuk membeli peralaratan persekolahan anak-anak yang musnah semasa banjir .
Mangsa-mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan kerana kediaman mereka dinaiki air . Mereka bukan sahaja tidak bekerja untuk mencari rezeki tetapi barang-barang keperluan harian pun tidak sempat diselamatkan ketika berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir . Ketika berada di pusat pemindahan mereka diberikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras , gula , tepung , susu , dan barang-barang lain . Selain itu , ada pihak-pihak tertentu yang membantu mereka menyedikan makan minum semasa berada di pusat pemindahan tersebut .
Apabila banjur telah surut dan mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah , terdapat pelbagai pihak yang ringan tulang membantu mereka membersihkan tempat tinggal dan kawasan sekitar daripada kesan dan sisa tinggalan banjir . Lazimnya diadakan gotong-royong untuk menyegerakan pembersihan kawasan tersebut supaya mangsa banjir dapat mengatur kehidupan mereka menghadapi hari-hari seterusnya .
Sudah menjadi budaya rakyat negara ini mengamalkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing bagi membantu sesiapa sahaja yang menghadapi masalah terutama mangsa banjir . Kerjasama serta sumbangan yang dihulurkan makin mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama rakyat dan memungkinkan mereka hidup dengan lebih akrab .
( 256 patah perkataan )
good composition
ReplyDeletePengisian yg baik
ReplyDelete