Assalammualaikum

Anak dara menumbuk pandan ,
Membuat kuih hidangan kenduri ,
Ilmu yang baik jadikan teladan ,
Segala yang buruk letak ke tepi .

Burung merpati kepak bersilang ,
Turun ke bendang makan pagi ,
Simpan di peti takutkan hujan ,
Baik disimpan di dalam hati .

Wednesday, April 1, 2015

USAHA-USAHA MENANGANI GEJALA VANDALISME

          Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda sama ada harta persendirian atau harta awam . Perbuatan ini dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan mengetepikan kepentingan awam . Vandalisme mendatangkan kesusahan kepada orang ramai dan menjejaskan nama baik pelakunya . Antara musibah yang dilakukan itu termasuklah merosakkan peralatan di taman permainan kanak-kanak , telefon awam , tong sampah dan sebagainya . 

          Banyak usaha yang dilakukan untuk menangani masalah gejala vandalisme ; antaranya kerajaan melancarkan kempen cintai kemudahan awam untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingannya kepada mereka . Apabila mereka menghadapi kecemasan seperti berlaku kebakaran dan sebagainya , seseorang itu perlu menghubungi pihak bomba tetapi perkara itu tidak mungkin terlaksana sekiranya telefon awam suda dirosakkan . Menerusi kempen tersebut amalan nilai-nilai murni seperti menjaga harta benda awam dapat diterapkan ke dalam jiwa anggota masyarakat .

          Selain itu , penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan dengan tegas untuk mengatasi masalah ini . Pihak berkuasa perlu memantau kegiatan golongan yang tidak bertanggungjawab dan memberkas mereka yang terlibat melakukannya . Pelaku-pelaku vandalisme yang ditangkap itu hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka . Tindakan itu akan membuatkan mereka menyesali perbuatan yang dilakukan itu di samping mendidik mereka daripada mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu . 

         Ibu bapa dan guru-guru perlu mendidik golongan muda di bawah pengawasan mereka agar menghargai kemudahan awam dan tidak merosakkannya sesuka hati . Sesiapa yang telah diasuh dengan baik akan dapat menghindarkan diri daripada melalukan kegiatan antisosial ini . Didikan awal yang diberikan kepada golongan ini menepati saranan pepatah , iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya .

          Kesimpulannya , pihak kerajaan dan orang ramai hendaklah bekerjasama menangani masalah vandalisme dalam kalangan masyarakat . Anggota masyarakat perlu ada kesedaran tentang kewajipan menjaga kemudahan awam . Dengan itu , kerajaan tidak perlu membazirkan wang yang banyak untuk membaiki kerosakan kemudahan awam . 

                                    ( 266 patah perkataan )

10 comments: